Tuesday, 28 June 2011

Cikgu Syahbudin bersama Mohd Syafiq.



Ikan tak makan....lapor le pulak...

Monday, 27 June 2011

Menuju destinasi

Selain dari memancing, kami juga dapat melihat dan menghayati keindahan alam yang memberikan kepuasan dan kesedaran betapa indahnya alam ciptaan tuhan. 

Thursday, 23 June 2011

Tengalan Sungai Perak

Ikan tengalan Sungai Perak adalah sejenis ikan yang bernilai tinggi. Sekarang harganya mencecah sehingga RM 30.00 sekilogram bagi yang bersaiz A. Ianya menjadi buruan bagi kaki pancing kerana rasa isinya yang sedap apabila dimasak samada dipanggang, masak asam, masak stim dan sebagainya. Ia ditangkap melalui kaedah menjaring, menjala dan memancing. Teknik dan kaedah serta umpan yang sesuai akan menghasilkan tangkapan yang memuaskan. Walaubagaimanapun hasil tangkapan juga diepengaruhi oleh pasang surut empangan hidro serta musim hujan.